Menjengah usia 68 tahun bulan hadapan, seniwati, Fauziah Nawi khuatir akan situasi COVID-19 yang melanda negara ketika ini. Kes harian COVID-19 yang kini menghampiri lima angka sehari turut menyebabkan beliau rasa marah susulan sifat penting diri sesetengah pihak yang tidak mahu menerima suntikan vaksin.